Hari ini 27 Rejab 1432,salam isra' mikraj...=)
Peristiwa yg bersejarah ini iaitu Isra' (Isra’ (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) merupakan antara hari yg istimewa dalam bulan Islam. Dipetik dari i luv Islam:
"Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan tersebut, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Dia menjemputnya datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih itu terhenti," terang Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi.
Dan semasa di langit ketujuh:
Rasulullah S.A.W., bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu 'LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH'
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: 'SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.' Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
credit to http://sudais-sudais.blogspot.
Semoga kita smua mndapat hidayah dan rahmat untuk sentiasa melipat gandakan usaha kita sebagai khalifah di bumi Allah ini...amin
No comments:
Post a Comment