Thursday, August 25, 2011

Ya, Universiti itu tidak GLAMOR Part 2

Salam,,
Hajat di hati nak meninggalkan sahaja entry lepas tanpa penyambungan,tapi rasa macam x best plak,ibarat dah start kereta tapi tak tekan minyak. entri lepas memang berbaur emo seorang gadis. macam aku cakap,ia wujud setelah membaca soalan2 yang kadang tidak masuk dek akal oleh bakal mahasiswa/wi. Bila kau dah sedia maklum yang u yang bakal kau masuk nnti u baru, x perlu  kau nak expect terlalu tinggi. ni bukan u besar dan glamor untuk kau tnya soalan2 berbunyi:

'Nanti kat sana ade swimming pool x?'
.'nak tnyer , kat sane kalau nak pergi berjalan-jalan , dekat mane jep yang best untuk pergi ?'
'Uni tu ade kelab/persatuan x?aktif ke?'
'makanan ape yang sedap kat umk and dekat mane ?'
*copy paste dr wall*

Nasib baik aku bukan admin ataupun orang2 penting dlm fakulti tu yg nak tolong jawab.aku kesian tgok member2 yang nak jwab2 soalan2 tadika macam ni,dek non, nak masuk uni nak belajar ke nak makan?ke nak pegi jalan2? kelantan xde wayang tau dek non, jgn expect ada wayang gsc gold class kat sini ye.macam entri sebelum ni,aku ada cakap,aku percaya ada hikmah why things we did not expect happen more than we wish. Aku awal2 sem dulu pun mengalami perubahan jugak,ala2 beruang kutub utara pindah kutub selatan. ambil masa nak sesuaikan diri,berat pun boleh turun. i like,,heee,.tapi semua tu pengalaman.bila kau duduk kat negeri orang,macam2 kau boleh belajar.yang mana elok ambik,yang tak elok,buang jauh2.sem satu pnya stdy pun kucar kacir,ye la,,kau dok pk nasib diri apa bagai.dgn persekitaran lagi.

Tapi macam aku cakap,benda tu semua mengajar kita,buat apa kita dok pening pk sampai nak habis sem kenapa kita masuk uni ni. kenapa kita tak bersabar dan terus belajar dan berusaha. masuk sem 2, makin motivasikan diri,be positive,percaya Allah sentiasa ada dan dengar doa kita, macam aku,aku terima,time matrik dulu result tak memberangsangkan walaupun kita rasa dah buat habis baik dah.tapi mungkin bukan rezeki lagi,, Dia nak tengok kita usaha lebih lagi. ni tak,aku sem 1 dok pk lg kenapa,kenapa,sedangkan family aku terus je bg support suruh belajar.naik sem 2 dan seterusnya, dah malas dah pk,fokus belajar je,n makin bersemangat bila every sem pointer meningkat,,see,,bukan niat nak bangga.tapi nak cakap,kalau kita pndai urus diri,urus otak kita,positivekan otak,kejayaan tu ada la untuk kita.

Satu lagi yang menjadi isu adalah peluang pekerjaan. aku tak nafikan awal2 dulu pun aku samar2 je ape yang aku boleh kerja nanti.tapi bila dah belajar aku dah makin nampak hala tuju.maka, dek non sekalian,jangan la dok tanya kos ni ada kerja ke nanti?bagi aku, tak perlu tanya nanti keluar u kompom ke dapat kerja?sebab itu semua rezeki.(jangan pk la kerja mcm doktor,cikgu.sebab tu mmg kau terus bekerja). kalau kau keluar u glamor dengan 4 flat pun,tapi kalau bukan rezeki kau nak dapat kerja awal,menggangur jugak kau. aku tau,pasti akan terdetik dalam hati,dah la u pun orang tak berapa tahu.kos pun macam pelik.ade ke orang nak pandang.yes!be positive. sometime people want to see something different. maybe sebab tak pernah dengar tu la dia nak tengok kebolehan kita and want to know more about us.


Bercakap pasal tak pernah dengar pasal kos, sebenarnya, belajar kos ni membuatkan aku banyak buat research. xde la banyak,campur research2 kawan aku la,sebab masing2 mempositivekan diri,kalau kat oversea,kos2 begini dah lama wujud. maka,open your eye. nanti blajar kat u pun bukan ada nota,pandai hidup la,jangan terlalu bergantung.muka bumi alam ni luas,belajar pun kena luaskan minda jugak. kalau pergi buat research, macam2 kau boleh apply nak kerja nanti. kau ambik applied science kan. don't worry. aku tau belog aku akan ada junior sesat baca, sebab hari tu ade junior sibuk cari blog yang cerita pasal u comel ni. yakin je aku ada orang nak baca aku bebel panjang2 ni,hahaha

Apa2pun,,selamat datang la junior2 ye,,hahahaha,,gelak jahat sikit.nak tak nak,kau dah dapat dah pun tawaran umk tu,kalau nak datang welcome aku ucapkan,,yang nak pergi private atau tukar uni.sayonara aku ucapkan. untuk bakal junior kos aku.sem 1 senang je.blajo mikrob, aljebra, pastu naik sem 2 blajo genetik, kimia, calculus, naik sem 3,,haa,,ni spesel sikit biometri n experimental design. subject ni nampak senang tapi susah jgak,tapi aku suka subjek ni,dia mcm menampakkan kau budak sains.heee,,ok,,tak kan aku nak senarai smua subjek aku blajo plak kan,,mesti menyampah kan,promote kos plak.Akhir kata dari saya 'life is like you play roller coster, you can either scream every time you hit the bump, or you can throw your hands up in the air and enjoy it'. eh, macam xde kaitan pulak, x pe la,nak bgtau macam mana kita control hidup kita,maka bahagia la kita, pun macam xde kaitan.

Banyak sangat yang tak berkaitan.maka mari kita tinggalkan ruangan ini.adiosss

p/s: You may have to fight a battle more than once to win it.

2 comments:

NURUL AIN said...

pegi post entry kau ni kat wall u kau. harus lah junior2 faham segalanya. hahaha

azrilkamil said...

nice entry. hahahahahahahahaha