Wednesday, August 24, 2011

Ya,Universiti Itu Tidak GLAMOR.

Salam,
Aku memang tak pernah reti nak buat intro yang best untuk belog ini. Maka untuk hari ini,aku straight kepada tanda (straight to the point). Beberapa minggu sebelum puasa hari itu,aku apporove diri aku join page fakulti aku. Dah lama dah classmate aku add,,aku je tak approve. Hari tu aku bosan,so,aku approve.apa yang aku nak cerita wall page itu dipenuhi dengan soalan-soalan dari bakal junior yang akan masuk. aku tulis entry ni bukan apa,,sebab tetiba rasa macam dah nak hilang sabar pulak,,kenapa aku emo tetba? aku pun tak tahu. Di bulan-bulan yang mulia ini. aku cuba mempositivekan,tapi kdg2 hakikat itu harus kita terima.

Ok,mula-mula sekali kepada sesapa yang sesat yang bakal masuk uni n terbaca belog ni,aku nak beritahu,mula-mula aku dapat tahu aku bakal berkelana di unibesiti itu tahap kecewa,down,sedih,segala kaum kerabat kecewa la senang cerita wujud dalam diri aku ni. Siapa tak sedih,,kau tak expect pun akan dapat apatah lagi stay for a long time at that state. Apatah lagi disaat kau bersedih dan memikirkan nasib dan keaadan yang bakal tempuh dalam masa 4 tahun which is not a very short time for me, kawan-kawan kau yang lain semua dapat uni yang best-best,yang glamor, yang superb, yang amazing, dan yang lain2 la. Time tu rasanya kalau wujud sang doremon,nak mintak pintu suka hati,tak pun nak masuk dalam laci kecik dia tu,pergi jauh-jauh.Sebab apa? ya,,slah stu nya sbb malu.malu kenapa?sebab tak ada orang tahu pun kewujudan unibersiti tu. aku boleh bet sampai sekarang ni,berapa kerat la sangat orang malaysia tahu kewujudan uniberisti tu.

Kalau nak cerita penerimaan aku terhadap uni ni,,terlalu banyak untuk diungkapkan.Sebab tu dolu2 bila orang tanya 'study kat mana'?rasa nak blah je dr situ tak pun rasa macam nk change the topic.sebab apa? sebab bila ckp nnti. ayat yang sama akan kluar.'eh,ade eh umk?'..oh..x pun akan tanya' umk tu stand for what?' kalau nak kurang ajo,,boleh je jwab 'uni masak kari'. tapi mmg kompem la dpat kaki,lima jari.silap2 tido longkang.=p juz kidding, tak pernah terpk pun nak jwab macam tu. Memang sedih,,nak-nak,,bila ada yang gelak,gelak sebab apa? uni x penah didgar pun,,then located plak dekat state yang semua orang tahu unsur-unsur hiburan untuk remaja mmg sgt terhad. Tapi aku tetap pergi,sebab apa? sebab dah kira dah,,kalau pergi private,,aku akan menyusahkan mak pak aku kat kg. maka,,lngkah pertama. cuba sedya upaya terima. postif kan diri,selalu remind diri,beribu lagi yang menitis air mata sebab gagal masuk unibesiti,kenapa kita yang dapat ni nak kena bersedih? nak lawan takdir? aku percaya ada sebab kenapa ini jalan yang telah ditetapkan olehNya.

Entri kali ini memang panjang,rasa malas dan menyampah sila pergi butang pangkah.terima kasih. ya disebabkan benda2 yang aku bobel kat atas tadi tu,,kau akan turut juga merasa bahawa sampai satu masa, kau rasa menyendiri itu jalan terbaik dari kau kena jawab soalan2 yang kadang2 sakit untuk kau jwab. kau akan rasa bila bukak fb ke,twitter ke,apa2 la yg moden sekarang ni.kau lebih suka baca semua kawan2 ke sepupu sepapat ke pnya update dan hanya memberi respon dalam hati.sebab apa? sebab,aku pun takde ayat untuk sebab kali ni. Bila kau tgok kawan2 sedara mara kau pegi obesea,tahap down kau pun of corse akan bertambah dan time tu kau akan rasa,,sapela sgt kau nak dibandingkan mereka2 yang bakal mempunyai pekerjaan yang hebat.



Dan banyak lagi sebenarnya.mgkin kalau next entri aku emo,,aku sambung lagi. apa yang aku nak cakap,,disebabkan semua bnda2 kat atas ni,,macam mana kecewa pun,,tup tap,,aku dah 2 tahun kat sana, dalam masa 2 tahun ni,,banyak yang aku belajar,banyak yang aku motivasikan diri, banyak yang buat aku bukak mata,,mana kawan mana lawan,,mana sejati,,mana tak sejati.,mana nak survivekan diri..mana kau nak cari point untuk kau bagi pada yang terlampau tanya masa depan kau. Makcik,pakcik,kakak,adik,,kita tak tau sape kita 5 tahun akan datang,,10 tahun akan datang. kita kena percaya rezeki Allah ada di mana-mana. kita yang diberi peluang bernafas kat bumi ni kena la pandai2 hidup,aku tak reti buat ayat sangat.tapi itula hakikat. jangan terlalu mempersoalkan tentang status,pangkat atau darjat.Things will always the best for you if you make the best of how things turn out.

Aku mengantuk.to be continued,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

p/s: sometimes,when we don't say anything at all, it's the time when we want to say something the most

5 comments:

Natasha MDG said...

xpe farah. blaja mane2 pun same je. aku pun kdg2 nak ckp ak blaja uitm pun malu sikit la sbb ade org pandang rendah dekat uitm. lain kali kalau org tanye kite jawab je dgn bangga. : )

husna said...

sokong tasha! jangan down tengok org blaja obersea. blaja masia pon dapat ilmu apaa. :)

Anonymous said...

it doesn't matter where do you live..

the real question is how you live..

-roronoa-

EPiToMe said...

tasha: u aku ni nak bangga ke sape la sgt,,heee

una:down x down,,nak abeh blajo da pun,,heee

anon: waahhh,,ade anon la baca belog ni,,heeee

Amirul Farhan said...

akulah di antara manusia yg tergelak bila dapat tahu ko belajar kat umk dulu. hehe,