Friday, September 9, 2011

Cerita Hari Raya

Salam
Berikut merupakan kisah dan cerita hari raya tahun ini. Hari ni mood on9 datang,maka berkunjungla diriku ke alam blog ni. Bukan senang mood on9 nk datang di waktu2 cuti ni tau. Lagipun dah berapa lama dah entry ni tersimpan dalam draft.asyik edit je,,heee.Disebabkan sekarang ni masih musin raya, maka tak salah rasanya nak bercerita jugak pasal raya..bukan puduraya,bukan jalanraya, bukan juga hanturaya, tapi hari raya. ok tak lawak. sila pang! diri sendiri. (^_^).

Sebulan Sebelum Berpuasa.

Tahun ni kan cuti2 malaysia. maka.tahun ni pilih kain n baju raya sendiri,kalau tidak every year, balik je dah tersedia baju raya. Tahun ni boleh buat preparation awal, x larat dah nak g pusing jalan tar cari tudung la,kain la,jubah la time pose2 nnti. Maka tahun ni terima kasih kepada euro moda kerana telah berjaya membuat jualan hari raya sebelum puasa dan berjaya menghabiskan duit saya sehingga lari bajet akibat membeli kain,wawawa. Inilah padah tak pernah beli kain, dah nak beli semua, dan balance duit mampu beli kasut vincci sajo,kasut idaman tahun depan la ye. Handbag guna yang tahun lepas sajo.Tshirt mishirt pun kita pau sajo,hahaha.

Bulan Puasa.

Dah nama pun puasa,semua orang tahu bulan yang penuh berkat.bulan untuk kita beribadat. bulan untuk melipat gandakan ibadat. Sebab tu aku siap2 beli bnda2 raya sebelum pose lagi. Dalam tanyalah ustaz pun suruh kita buat preparation before pose lagi. Bulan pose tahun ni nenek aku duduk ngan aku, so aku tak dapat ke masjid untuk tarawih sebab kena jaga nenek aku. Macam aku cakap, bulan pose tahun ni memang best sebab sebulan dok rumah. dapatla aku bersahur dgn drummet. terasa macam dolu2. dapat mengada2 skit. bukan selalu.(^_^) . Dapat berbuka dengan juadah yang berbeza. Senang cerita beronok-ronok la dapat pose kat rumah.haha.

Seminggu Sebelum Raya.

Bercuti selama 4 bulan tanpa bekerja, (bekerja disini bermaksud yang makan gaji) kadang2 terasa seperti looser pun ada. 4 bulan tu kalau g kerja kilang beriban dah boleh dapat tu. Jadi untuk mengelakkan jadi double looser, maka aku pun membuat kuih raya sendiri tahun ni. Ayah aku tak beli langsung, maka berjaya la aku siapkan empat jenis biskut raya. rekod yang boleh aku bangga untuk diri aku.haha Disamping tu, aku jugak telah mengubahsuai rumah ni sikit2,,bagi nampak ada perubahan sikit, baru la mood raya tu datang.ye dak?

Sehari Sebelum Raya.

Tak payah cakap pun da tahu kan. dari pagi sampai malam sibuk buat rendang,lemang, dll. Bertambah sibuk sebab ada 2 dak kecik kat rumah,hehe. Malamnya pulak, turn menggosok baju dah tiba. dolu2 ni kerja rasmi aku every year. tapi sekarang masing2 dah kawen..so,,aku pun dah pencen.heee.n time tu baru teringat baju raya aku x jahit manik lagi kat hujung lengan. sobs.abang n akak aku dah membahan dah tengok aku gigih jahit manik malam raya. macam x ade baju lain nak pkai. tapi aku pun tak tahu napa semangat sangat nak pkai baju tu, maka 4 pagi den bru tdo!



Hari Raya.

Macam biasa pagi2 dah kecoh suruh bangun, bersiap, kemas2 rumah, sembahyang, bermaafan,,,dll,,tak perlu kot cakap,,sebab rutin yang semua orang buat,,heee. then, tgh hari tu balik rumah my nenek kejap. Then esok beraya lagi sebuah rumah, raya kali ni banyak dihabiskan duduk rumah je dan menerima duit raya. Alhamdulillah, rezeki duit raya tahun ni luar biasa, mgkin wajah keremajaan tak berapa menyerlah,terima kasih kakak,abang, pakcik, makcik,tahun depan jangan lupa bagi lagi sebab tahun depan masih pelajar lagi,heee. kalau macam ni nak jadi pelajar unibesiti  3 tahun lagi pun x pe,(^_^)

p/s: duit raya buat beli kamera idaman ok x?

2 comments:

husna said...

banyak betik duit raya aok smpi boleh beli kamera idaman. plg x pon kompem dslr ni.hihi

EPiToMe said...

keh x idam pun ke dslr,,idam yg bese2 je,,,haha