Tahun ini bulan Ramadhan dilalui dengan seronok sekali sebab berada dirumah untuk tempoh 30 hari ni. Kalau di ingat semula,,rasanya last berpose penuh kat rumah adalah tahun 2002..kalau ikut kalkulator aku,,9 tahun yang lepas rasanya,,lpas tu,,2003 sampai 2007 separuh ataupun 3/4 bulan dihabiskan di sekolah. Banyak jugak kenangan berpose kat sekolah ni.Antara yang aku ingat time f5 makcik Dema (Dewan Makan) yang akan serve utk kau. Tak payah lagi bersusah payah macam tahun2 sebelumnya nak kena beratur. Yang aku ingat, meja aku ade terselit sorang dua budak form 1,jadi nasib la,,memang akak-akak yang baik mcm kami akan cop ayam drumstik,,kepak,,yang tinggal kat dorang mugkin ayam kecil,,tak pun,,ayam isi,,hihi,,kesian mereka. Tak pe,,aku yakin sekarang dorang f5,,perkara yang sama akn berlaku,,hehe. Maklumla,,zaman-zaman nak meningkat remaja,,banyak unsur-unsur jahiliah timbul,
Tersasar di jalan keybord nmpknya aku ini,,bukak cerita pose kat sekolah pulak. Akan ku gigihkan membuat entri untk pose di sekolah,,pose di matrik,,dan jugak pose di uni,,nantikan je la,,kalau ada yang nak baca la,,sob3. Ok,berbalik pada tajuk,,sepanjang pose kat rumah,,banyak juadah yang disediakan sendiri kerana lebih terjamin keenakannya,,antaranya puding karamel,,aku pernah buat entri nak buat puding karamel ni rasanya,,tapi aku malas nak cari entri tu,,sebab aku tengah rajin nak taip resipi yang mudah dan senang juga ringkas ini.
Bahan-Bahan:
6 biji telur (gred B)
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan air
Gula hangus: (1 cawan gula)
Cara-Cara:
Pukul semua bahan sampai sebati.
Sediakan periuk(pastikan kering) dan masak gula hangus.
Sentiasa kacau gula hangus untuk mengelakkan hangit.Gunakan api yang perlahan.
Setelah gula cair.masukkan bahan2 yang dipukul tadi ke dalam periuk.dan kukus.
Kukus selama 20 minit.Cucuklah dengan garfu ke,,lidi ke nak tahu dah masak ke belum.
Kalau dah tak melekat tu,dah masak la tu.=)
Setelah gula hangus cair, bahan2 yang dimasukkan mestilah pantas dan tangkas bagi mengelakkan gula tersebut mnjadi beku semula dan melekat diperiuk. Dan hasilnya..jeng3
Permukaan puding tak rata sebab periuk tak rata sangat..pastu nak make sure masak tu gi cucuk ngan garfu,,tu jadi macam tu,,hehehe. Selamat mencuba dan selamat berbuka..(^_^)
3 comments:
bulan pose ni je aku da 2kali wat puding karamel. adaptasi dr resepi ko yg dulu tp aku kurgkan gula n telur. huhu.
hihi,,mari la kita sama-sama berkongsi resipi..
kesian junior yg dpt semeja dgn ko fara. hehe
Post a Comment