Tuesday, August 16, 2011

Ikan Bawal Sweet Sour.

Salam..
Hari ni hari masak-memasak lagi,,beberapa hari lepas berjaya buat ikan bawal sweet sour. Rasa ingin mencuba bolehla teruskan membaca entry ni,,kalau tak,,suka hati la nak pegi jalan ke mana..Eh,kenapa semangat sangat nak gitau reti masak ni? bukan begitu ye,,tujuan aku hanya la nak berkongsi pengalaman dan ilmu memasak yang ada,,,ececehh,,bukan niat nak show off,,mahupun promote diri pada sang arjuna.=p.ok berikut nerupakan bahan-bahan yang perlu ada.kalau x de pndai-pndai la ubah mngikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal dicuci bersih
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Capsicum
Timun
Kunyit
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam

Cara-Cara:
  1. Goreng ikan yang telah digaulkan dengan kunyit dan garam.
  2. Tumis bawang merah dan putih yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan sos cili,sos tomato, dan sos tiram dan garam.Campurkan air sedikit kalau terlampau pekat.
  4. Masukkan ikan dan hirisan bawang besar dan capsicum serta timun (potong dadu). 
  5. Nak potong dadu nenas pun boleh jgak,,aku x letak sebab time tu xde nenas kat umah..
  6. Dan boleh juga campurkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan lagi kuah anda. 
Maka, hasilnya,,


taburkan daun kucai sebagai penyeri..(^_^)

Hari aku masak ikan ni,,kebetulan sos tomato dirumah dah habis. maka jika perkara sama berlaku pada anda,jangan panik, ambil la sebiji tomato,then tumbuk or blendkan sajo, rasa lagi sedap sebab macam guna purely pati tomato.

Selamat mencuba dan selamat berbuka.(^_^)

p/s: jom pi penang!



Friday, August 12, 2011

Puduraya Berwajah Baru

Salam,,
Dikala tengah hari yang terik memancar,tetiba teringat cuti dah nak habis,,sob3,,,hampir 4 bulan bersenang lenang tanpa memikirkan assignment mahupun discussion mahupun meeting mahupun event yang harus dipenuhi. Dan sepanjang 4 bulan ni,,bnyak juga perubahan dan bnda yang berlaku,,antara nya:

Aku selaku anak bongsu yg sememangnya tdak ada asas untuk menjaga bayi telahpun berubah kpada satu tahap di mana,menjaga anak kecil perkara enteng bg aku,,memang ayat berbaur berlagak x ingat. Sebab aku rasa itu antara perkara yang tidak mudah untuk menguruskan. Apatah lagi tatkala membawa dak kecik pergi bersiar-siar ataupun memenuhi hasrat shopping ibu dan maksunya,,hihi. Disebabkan status aku menjadi baby sitter ni,maka gua dah lali dah ulang alik penang-pahang.



Intro panjang mintak pelempang, takde kaitang. pantun baru. =) Ok,sebenanrnya nak crta,ade sekali tu aku dr penang nak blik umah kat pahang,tapi trun kl. *tak paham sudah*. So, aku trun kat pudu. Aku ni bukanlah makhluk yang tidak mngmbil tahu hal-hal pembangunan negara,maka aku memang sedia maklum pudu dinaiktaraf,,tapi,tapi,tapi, x sangka pudu dah canggih weh! aku selaku org kg ni,,ingat2 lupa,last aku naik bus dr pudu ni 2,3 tahun kepas rasanya. Tak sangka sudah maju ye,maklumla,,kata key ell,,mestilah maju. Apa yang aku boleh ckp,,pudu yang baru ni sgt la tersusun,,kemas,,dan konsep dia ala-ala airport jgak,sbab ada kat skrin, bus mana yang smpai,yang akn berlepas,,see,,canggih kan?jap-jap,,aku google gambo jap,

*trimas en.google! anda telah membantu insan yang tiada kamera hp yg cnggih sepeti sya*

Hari aku tiba di pudu tu,,nasib baik aku tak menjadi insan blurr tau.sebab smpai kl aku bru sedar,mamai-mamai trun bus,,naik tangga,,nasib baik nmpak tepi pintu tu tulis 'press button tu open door'. aku hentam je ayat tu.tp maksud dia sama la,,nsib aku nmpk,,kalau tidak sudah pasti aku mnggu pintu tu terbukak sndiri. lpas tu trus dalam hati,waahh,,canggih dah pudu,bertingkat-tingkat lagi. Selesai melepas hajat di tandas yang bersih,tidak lagi tandas yang mengerikan sebelum ini,,aku naik g food court,,,waahh,,,juga sudah bersih,,dan ada la juga selera nak makan di situ. Selesai makan aku pun g plaza rakyat menuju destinasi seteusnya. 
 
Sekian laporan lawatan ke puduraya dari saya. Syabas pudu kerana anda telah berjaya mengubah imej dan semoga ia berkekalan. Tidak lagi rasa rimas untuk mencari tiket di pudu kerana sudah tiada adegan brader-brader dan sista-sista menjual tiket seperti menjual ikan di pasar.Semua sudah teratur duduk dalam kaunter masing-masing. Tidak perlu juga lgi bersesak-sesak mencari kaunter seperti gambo di atas.

p/s: ntah bila pulak nak naik bus dari pudu ni. (^_^)

Thursday, August 11, 2011

Ikan Siakap Kukus

Salam,,
Hehe,entry untuk cik ain..bulan2 pose ni,,seronok pulak masak memasak..cik ain hari ini nak masak ikan kukus katanya,,maka sya pun cakap sya ada buat hari pirst day pose hari tu,,maka,,saya ingin berkongsi resipi saya yang sgt simple dimple.hihi

Bahan-Bahan:
Seekor Ikan (Siakap,Talapia,Kerapu dll)
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Carrot (tetiba english)
Lada hitam
Halia
Sos tiram
Garam

 Cara-Cara:
Cuci ikan bagi bersih, tak mau hanyir-hanyir
Hiris bawang besar,putih,halia,serai,carrot(hiris panjang2).
Tumbuk sikit lada hitam.*tak tumbuk pun tak pe*
Gaulkan semua bahan yang dihiris bersama sos tiram,lada hitam, dan garam.
Perapkan selama 15-20 min. kemudian kukus.


ini bukan gmbar ikan sya msak.ini gmbar en.google.lebih kurang la nnti,,cuma sbb reipi ni guna sos tiram n lada hitam,,kuah dia wrna hitam la,,x la pucat,,boleh jugak kalau nak tmbah cendawan dalam resipi ni,,sedap jugak, selamat mencuba..(^_^)

Jom Buat Puding Karamel

Salam,,
Tahun ini bulan Ramadhan dilalui dengan seronok sekali sebab berada dirumah untuk tempoh 30 hari ni. Kalau di ingat semula,,rasanya last berpose penuh kat rumah adalah tahun 2002..kalau ikut kalkulator aku,,9 tahun yang lepas rasanya,,lpas tu,,2003 sampai 2007 separuh ataupun 3/4 bulan dihabiskan di sekolah. Banyak jugak kenangan berpose kat sekolah ni.Antara yang aku ingat time f5 makcik Dema (Dewan Makan) yang akan serve utk kau. Tak payah lagi bersusah payah macam tahun2 sebelumnya nak kena beratur. Yang aku ingat, meja aku ade terselit sorang dua budak form 1,jadi nasib la,,memang akak-akak yang baik mcm kami akan cop ayam drumstik,,kepak,,yang tinggal kat dorang mugkin ayam kecil,,tak pun,,ayam isi,,hihi,,kesian mereka. Tak pe,,aku yakin sekarang dorang f5,,perkara yang sama akn berlaku,,hehe. Maklumla,,zaman-zaman nak meningkat remaja,,banyak unsur-unsur jahiliah timbul,

Tersasar di jalan keybord nmpknya aku ini,,bukak cerita pose kat sekolah pulak. Akan ku gigihkan membuat entri untk pose di sekolah,,pose di matrik,,dan jugak pose di uni,,nantikan je la,,kalau ada yang nak baca la,,sob3. Ok,berbalik pada tajuk,,sepanjang pose kat rumah,,banyak juadah yang disediakan sendiri kerana lebih terjamin keenakannya,,antaranya puding karamel,,aku pernah buat entri nak buat puding karamel ni rasanya,,tapi aku malas nak cari entri tu,,sebab aku tengah rajin nak taip resipi yang mudah dan senang juga ringkas ini.


Bahan-Bahan:
6 biji telur (gred B)
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan air
Gula hangus: (1 cawan gula)

Cara-Cara:
Pukul semua bahan sampai sebati.
Sediakan periuk(pastikan kering) dan masak gula hangus.
Sentiasa kacau gula hangus untuk mengelakkan hangit.Gunakan api yang perlahan.
Setelah gula cair.masukkan bahan2 yang dipukul tadi ke dalam periuk.dan kukus.
Kukus selama 20 minit.Cucuklah dengan garfu ke,,lidi ke nak tahu dah masak ke belum. 
Kalau dah tak melekat tu,dah masak la tu.=)

Setelah gula hangus cair, bahan2 yang dimasukkan mestilah pantas dan tangkas bagi mengelakkan gula tersebut mnjadi beku semula dan melekat diperiuk. Dan hasilnya..jeng3


Permukaan puding tak rata sebab periuk tak rata sangat..pastu nak make sure masak tu gi cucuk ngan garfu,,tu jadi macam tu,,hehehe. Selamat mencuba dan selamat berbuka..(^_^)

Saturday, August 6, 2011

Khairul Fahmi dan Ally Iskandar..

Salam,,
Semua dah tahu kan,,cuma satu sahaja persoalan,,adakah selepas bercerai dijadikan trend,,ptus tunang pula mngambil tempat?mugkin kerana mereka orang yang sentiasa diperhatikan,,dikenali,,maka,,apa yang terjadi mnjadi sensasi,,berpuluh lagi orang yang putus tunang,,beratus lagi orang yang bercerai,,beribu lagi orang yang putus cinta,,tetapi kerana anda public figure,,mahu atau tidak,,harus terima.

Apa-apa pun,,jadikan pengalaman guru terbaik dalam hidup,,ada hikmah di sebalik putus ikatan,,kerana ada yang lebih baik menunggu kita di hadapan kelak.

"Mistakes are lesson to be learned,,not to control your life,,but to make you a better person in the future"



p/s: satu pasangan bertunang di usia muda,,satu lagi,,pasangan yang matang,,,di mana silapnya percaturan?

Tidak Heartless

 Salam
Hari ni dah enam hari kita berpuasa,, tak terlewat nak wish selamat berpuasa rasanya,,lately,,bnyak bnda berlaku,,tetapi mari kita mngambil bulan ramadhan yang mulia ini untuk meghuraikan satu persatu,,mungkin berkat bulan mulia,,segala urusan dipermudahkan,,amin...



Opening macam skema,,tapi tidak mengapa,,memang sngaja nak mewujudkan mood membaca puisi untuk entry kali ini. Kalau nak diluahkan apa yang terbuku dihati,,rasanya tidak sesuai di belog ini,,mgkin luahan dalam doa sahaja yang mampu,,susah senang kita,,wajib ingat pada Yang Maha Esa. Dia yang memberi,,Dia juga yang menduga,,Dia juga yang mendengar..=)

'No need for revenge. Just sit back and wait. Those who hurt you will eventually screw up themselves and if you’re lucky, God will let you watch.'

Coti-coti malaysia kali ni bnyak dihabiskan dengan membaca..menyelidik..erk?..mengkaji..erk lagi?sempena bulan yang mulia ni,,marilah kita sama-sama memaafkan semua orang,,semoga kesalahan kita juga mudah dimaafkan oleh orang lain,,kepada kawan-kawan..kekasih,,skndal.. yang dicintai,,disayangi,,aku tidak pernah mnyimpan dendam,,mahupun marah kepada kalian,,semgoa kesalahan aku turut mudah dimaafkan,,amin. Kepada kamu,,kamu,,dan juga kamu,,abaikan kata-kata ego dari aku satu ketika dolu,,aku bukan manusia kejam dan tidak berhati..=)


p/s: 'Crying doesn't indicate that you are weak..Since birth,,it has always been a sign that you're alive..'



Wednesday, August 3, 2011