Showing posts with label Jom Masak. Show all posts
Showing posts with label Jom Masak. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Ikan Bawal Sweet Sour.

Salam..
Hari ni hari masak-memasak lagi,,beberapa hari lepas berjaya buat ikan bawal sweet sour. Rasa ingin mencuba bolehla teruskan membaca entry ni,,kalau tak,,suka hati la nak pegi jalan ke mana..Eh,kenapa semangat sangat nak gitau reti masak ni? bukan begitu ye,,tujuan aku hanya la nak berkongsi pengalaman dan ilmu memasak yang ada,,,ececehh,,bukan niat nak show off,,mahupun promote diri pada sang arjuna.=p.ok berikut nerupakan bahan-bahan yang perlu ada.kalau x de pndai-pndai la ubah mngikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal dicuci bersih
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Capsicum
Timun
Kunyit
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam

Cara-Cara:
  1. Goreng ikan yang telah digaulkan dengan kunyit dan garam.
  2. Tumis bawang merah dan putih yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan sos cili,sos tomato, dan sos tiram dan garam.Campurkan air sedikit kalau terlampau pekat.
  4. Masukkan ikan dan hirisan bawang besar dan capsicum serta timun (potong dadu). 
  5. Nak potong dadu nenas pun boleh jgak,,aku x letak sebab time tu xde nenas kat umah..
  6. Dan boleh juga campurkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan lagi kuah anda. 
Maka, hasilnya,,


taburkan daun kucai sebagai penyeri..(^_^)

Hari aku masak ikan ni,,kebetulan sos tomato dirumah dah habis. maka jika perkara sama berlaku pada anda,jangan panik, ambil la sebiji tomato,then tumbuk or blendkan sajo, rasa lagi sedap sebab macam guna purely pati tomato.

Selamat mencuba dan selamat berbuka.(^_^)

p/s: jom pi penang!



Thursday, August 11, 2011

Ikan Siakap Kukus

Salam,,
Hehe,entry untuk cik ain..bulan2 pose ni,,seronok pulak masak memasak..cik ain hari ini nak masak ikan kukus katanya,,maka sya pun cakap sya ada buat hari pirst day pose hari tu,,maka,,saya ingin berkongsi resipi saya yang sgt simple dimple.hihi

Bahan-Bahan:
Seekor Ikan (Siakap,Talapia,Kerapu dll)
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Carrot (tetiba english)
Lada hitam
Halia
Sos tiram
Garam

 Cara-Cara:
Cuci ikan bagi bersih, tak mau hanyir-hanyir
Hiris bawang besar,putih,halia,serai,carrot(hiris panjang2).
Tumbuk sikit lada hitam.*tak tumbuk pun tak pe*
Gaulkan semua bahan yang dihiris bersama sos tiram,lada hitam, dan garam.
Perapkan selama 15-20 min. kemudian kukus.


ini bukan gmbar ikan sya msak.ini gmbar en.google.lebih kurang la nnti,,cuma sbb reipi ni guna sos tiram n lada hitam,,kuah dia wrna hitam la,,x la pucat,,boleh jugak kalau nak tmbah cendawan dalam resipi ni,,sedap jugak, selamat mencuba..(^_^)

Jom Buat Puding Karamel

Salam,,
Tahun ini bulan Ramadhan dilalui dengan seronok sekali sebab berada dirumah untuk tempoh 30 hari ni. Kalau di ingat semula,,rasanya last berpose penuh kat rumah adalah tahun 2002..kalau ikut kalkulator aku,,9 tahun yang lepas rasanya,,lpas tu,,2003 sampai 2007 separuh ataupun 3/4 bulan dihabiskan di sekolah. Banyak jugak kenangan berpose kat sekolah ni.Antara yang aku ingat time f5 makcik Dema (Dewan Makan) yang akan serve utk kau. Tak payah lagi bersusah payah macam tahun2 sebelumnya nak kena beratur. Yang aku ingat, meja aku ade terselit sorang dua budak form 1,jadi nasib la,,memang akak-akak yang baik mcm kami akan cop ayam drumstik,,kepak,,yang tinggal kat dorang mugkin ayam kecil,,tak pun,,ayam isi,,hihi,,kesian mereka. Tak pe,,aku yakin sekarang dorang f5,,perkara yang sama akn berlaku,,hehe. Maklumla,,zaman-zaman nak meningkat remaja,,banyak unsur-unsur jahiliah timbul,

Tersasar di jalan keybord nmpknya aku ini,,bukak cerita pose kat sekolah pulak. Akan ku gigihkan membuat entri untk pose di sekolah,,pose di matrik,,dan jugak pose di uni,,nantikan je la,,kalau ada yang nak baca la,,sob3. Ok,berbalik pada tajuk,,sepanjang pose kat rumah,,banyak juadah yang disediakan sendiri kerana lebih terjamin keenakannya,,antaranya puding karamel,,aku pernah buat entri nak buat puding karamel ni rasanya,,tapi aku malas nak cari entri tu,,sebab aku tengah rajin nak taip resipi yang mudah dan senang juga ringkas ini.


Bahan-Bahan:
6 biji telur (gred B)
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan air
Gula hangus: (1 cawan gula)

Cara-Cara:
Pukul semua bahan sampai sebati.
Sediakan periuk(pastikan kering) dan masak gula hangus.
Sentiasa kacau gula hangus untuk mengelakkan hangit.Gunakan api yang perlahan.
Setelah gula cair.masukkan bahan2 yang dipukul tadi ke dalam periuk.dan kukus.
Kukus selama 20 minit.Cucuklah dengan garfu ke,,lidi ke nak tahu dah masak ke belum. 
Kalau dah tak melekat tu,dah masak la tu.=)

Setelah gula hangus cair, bahan2 yang dimasukkan mestilah pantas dan tangkas bagi mengelakkan gula tersebut mnjadi beku semula dan melekat diperiuk. Dan hasilnya..jeng3


Permukaan puding tak rata sebab periuk tak rata sangat..pastu nak make sure masak tu gi cucuk ngan garfu,,tu jadi macam tu,,hehehe. Selamat mencuba dan selamat berbuka..(^_^)