Monday, February 20, 2012

1st Day Internship.

Salam,
This is my first entry for this year.for this month of corse,,hehe..tak pyah nak omputih sangat la kan. (^_^) .Seperti yang tertera di atas. hari ini saya mula masuk ke pre-work.*boleh ke bg istilah mcm ni?* . eh,lantakla kan. Pagi tadi after briefing, then, one of the exec cakap,,hari ni nothing to do..nak hooray ke nk sedih? agak2? dua2 x berlaku.yang berlaku adalah saya kebosanan. mula2 ingatkan kena buat mapping utk several places yang nak di check,tp dah siap plak,,hihi,,so, saya pun belek2 la laporan tahunan la,,magazine2 yang dikeluarkan la,,tapi that's thing just take not more than one hour pun. Makanya..apa yang dilakukan ialah tenung meja,tenung telefon,tenung rak kertas. which is also takes only several minutes..=) Then, tengok2 orang jap. Lepas tu rasa sangat la zzzZZzzzz.

Dengan ketiadaan orang at this unit, oh,lupa nak cakap,,unit yang saya datang utk dilatihkan ini sangat la comel,,hanya terdiri daripada beberapa orang je,,so,,smuanya keluar outstation except ada sorng exec yg tnggal,,itu pun after briefing td she's got work to do , and thats why tinggal la diriku ini yang terkontang kanting. sewaktu ini terasa alangkah indahnya jika memiliki ipad mahupun galaxy tab 10.1..mesti macam2 boleh dilakukan,,haha,,mimpi bangun semula mmg x dapat la kan..so, after lunch hour td, saya datang dengan membwa netbook,,yeay!,,tp x tau nak buat apa jgak..sebab tu la blog ini jadi sasaran..haha. and rite now untuk hilangkan mengatuk,,saya tengah tnggu utube penuh utk tengok bujang terlajak..nak tengok cerita berat2 nnti lagi ngantuk,,baik saya tgok cerita yang bagi saya gelak.ok.bye!

p/s: kenapa aku cakap saya dalam entry ni?sopan kan?

     : esok da start ade task,,adakah tahun depan pula entry baru bakal wujud?


Friday, November 11, 2011

111111

Salam,,,
Seronok juga kalau ada yang tiba-tiba bagi hati time2 tarikh sng ingt ni,,heeee


p/s: angan-angan yang boleh disimpan dalam peti sejuk,,haha

Tuesday, November 1, 2011

Q Face Mode.

Salam,,,
Ketika ini,mode jiwang karat datang melanda.mungkin disebabkan cuaca yang sejuk ditambah dengan angin Sulawasei, menyebabkan mood begini muncul tiba-tiba. Dan jangan gelak sebab aku post lagu ni. Serius wei, dalam banyak2 grup remaja zaman aku dok pkai tudung pun senget benget,, (sekarang pun kdg2 terjadi) iaitu zman sekolah rendah,,grup ni pnya lagu jek aku suka..newboyz ape semua tu mmg aku tolak jauh2,,haha,,dan bila cari balik lgu2 dia,,rasa mcm bru berumo 12 tahun,,,opsss,,(^_^).Jom layan perasaan jap,,,2 ketul lagu ni je la yg aku tau punnn,,haha






Bila aku pnya mood dengar lgu ni,,aku pun tiba-tiba nak tahu mana pergi grup ni,,,search kat pesbuk,,sekali jumpa vokalis dia daaa,,haha,,dah x Qface da face dia,,,hihihihi,,,n tak semena2 jugak dia ada belog,,,disebabkan aku rasa aku mcm suka lagu dia kan,,maka aku follow la belog en vokalis http://fairuzselamat.blogspot.com.

p/s: tu je nak cakap..kalau en.vokalis ade sesat baca aku ckap pasal grup dia,,leh la mntak otograp nnti,,,hihihihihi....angkat tangan sape suka lagu ni jugak? =D

Thursday, October 20, 2011

Kenapa Jumpa Orang Salah?

Salam...just want to share some list why we met with the wrong person?  taken from facebook of friend, so, for the writer,thanx for the nice lists. =)



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wallahualam...

p/s: kinda of bz x berapa bz...so,,blog dipandang sepi,,(^_^)

Friday, September 9, 2011

Cerita Hari Raya

Salam
Berikut merupakan kisah dan cerita hari raya tahun ini. Hari ni mood on9 datang,maka berkunjungla diriku ke alam blog ni. Bukan senang mood on9 nk datang di waktu2 cuti ni tau. Lagipun dah berapa lama dah entry ni tersimpan dalam draft.asyik edit je,,heee.Disebabkan sekarang ni masih musin raya, maka tak salah rasanya nak bercerita jugak pasal raya..bukan puduraya,bukan jalanraya, bukan juga hanturaya, tapi hari raya. ok tak lawak. sila pang! diri sendiri. (^_^).

Sebulan Sebelum Berpuasa.

Tahun ni kan cuti2 malaysia. maka.tahun ni pilih kain n baju raya sendiri,kalau tidak every year, balik je dah tersedia baju raya. Tahun ni boleh buat preparation awal, x larat dah nak g pusing jalan tar cari tudung la,kain la,jubah la time pose2 nnti. Maka tahun ni terima kasih kepada euro moda kerana telah berjaya membuat jualan hari raya sebelum puasa dan berjaya menghabiskan duit saya sehingga lari bajet akibat membeli kain,wawawa. Inilah padah tak pernah beli kain, dah nak beli semua, dan balance duit mampu beli kasut vincci sajo,kasut idaman tahun depan la ye. Handbag guna yang tahun lepas sajo.Tshirt mishirt pun kita pau sajo,hahaha.

Bulan Puasa.

Dah nama pun puasa,semua orang tahu bulan yang penuh berkat.bulan untuk kita beribadat. bulan untuk melipat gandakan ibadat. Sebab tu aku siap2 beli bnda2 raya sebelum pose lagi. Dalam tanyalah ustaz pun suruh kita buat preparation before pose lagi. Bulan pose tahun ni nenek aku duduk ngan aku, so aku tak dapat ke masjid untuk tarawih sebab kena jaga nenek aku. Macam aku cakap, bulan pose tahun ni memang best sebab sebulan dok rumah. dapatla aku bersahur dgn drummet. terasa macam dolu2. dapat mengada2 skit. bukan selalu.(^_^) . Dapat berbuka dengan juadah yang berbeza. Senang cerita beronok-ronok la dapat pose kat rumah.haha.

Seminggu Sebelum Raya.

Bercuti selama 4 bulan tanpa bekerja, (bekerja disini bermaksud yang makan gaji) kadang2 terasa seperti looser pun ada. 4 bulan tu kalau g kerja kilang beriban dah boleh dapat tu. Jadi untuk mengelakkan jadi double looser, maka aku pun membuat kuih raya sendiri tahun ni. Ayah aku tak beli langsung, maka berjaya la aku siapkan empat jenis biskut raya. rekod yang boleh aku bangga untuk diri aku.haha Disamping tu, aku jugak telah mengubahsuai rumah ni sikit2,,bagi nampak ada perubahan sikit, baru la mood raya tu datang.ye dak?

Sehari Sebelum Raya.

Tak payah cakap pun da tahu kan. dari pagi sampai malam sibuk buat rendang,lemang, dll. Bertambah sibuk sebab ada 2 dak kecik kat rumah,hehe. Malamnya pulak, turn menggosok baju dah tiba. dolu2 ni kerja rasmi aku every year. tapi sekarang masing2 dah kawen..so,,aku pun dah pencen.heee.n time tu baru teringat baju raya aku x jahit manik lagi kat hujung lengan. sobs.abang n akak aku dah membahan dah tengok aku gigih jahit manik malam raya. macam x ade baju lain nak pkai. tapi aku pun tak tahu napa semangat sangat nak pkai baju tu, maka 4 pagi den bru tdo!



Hari Raya.

Macam biasa pagi2 dah kecoh suruh bangun, bersiap, kemas2 rumah, sembahyang, bermaafan,,,dll,,tak perlu kot cakap,,sebab rutin yang semua orang buat,,heee. then, tgh hari tu balik rumah my nenek kejap. Then esok beraya lagi sebuah rumah, raya kali ni banyak dihabiskan duduk rumah je dan menerima duit raya. Alhamdulillah, rezeki duit raya tahun ni luar biasa, mgkin wajah keremajaan tak berapa menyerlah,terima kasih kakak,abang, pakcik, makcik,tahun depan jangan lupa bagi lagi sebab tahun depan masih pelajar lagi,heee. kalau macam ni nak jadi pelajar unibesiti  3 tahun lagi pun x pe,(^_^)

p/s: duit raya buat beli kamera idaman ok x?

Thursday, August 25, 2011

Ya, Universiti itu tidak GLAMOR Part 2

Salam,,
Hajat di hati nak meninggalkan sahaja entry lepas tanpa penyambungan,tapi rasa macam x best plak,ibarat dah start kereta tapi tak tekan minyak. entri lepas memang berbaur emo seorang gadis. macam aku cakap,ia wujud setelah membaca soalan2 yang kadang tidak masuk dek akal oleh bakal mahasiswa/wi. Bila kau dah sedia maklum yang u yang bakal kau masuk nnti u baru, x perlu  kau nak expect terlalu tinggi. ni bukan u besar dan glamor untuk kau tnya soalan2 berbunyi:

'Nanti kat sana ade swimming pool x?'
.'nak tnyer , kat sane kalau nak pergi berjalan-jalan , dekat mane jep yang best untuk pergi ?'
'Uni tu ade kelab/persatuan x?aktif ke?'
'makanan ape yang sedap kat umk and dekat mane ?'
*copy paste dr wall*

Nasib baik aku bukan admin ataupun orang2 penting dlm fakulti tu yg nak tolong jawab.aku kesian tgok member2 yang nak jwab2 soalan2 tadika macam ni,dek non, nak masuk uni nak belajar ke nak makan?ke nak pegi jalan2? kelantan xde wayang tau dek non, jgn expect ada wayang gsc gold class kat sini ye.macam entri sebelum ni,aku ada cakap,aku percaya ada hikmah why things we did not expect happen more than we wish. Aku awal2 sem dulu pun mengalami perubahan jugak,ala2 beruang kutub utara pindah kutub selatan. ambil masa nak sesuaikan diri,berat pun boleh turun. i like,,heee,.tapi semua tu pengalaman.bila kau duduk kat negeri orang,macam2 kau boleh belajar.yang mana elok ambik,yang tak elok,buang jauh2.sem satu pnya stdy pun kucar kacir,ye la,,kau dok pk nasib diri apa bagai.dgn persekitaran lagi.

Tapi macam aku cakap,benda tu semua mengajar kita,buat apa kita dok pening pk sampai nak habis sem kenapa kita masuk uni ni. kenapa kita tak bersabar dan terus belajar dan berusaha. masuk sem 2, makin motivasikan diri,be positive,percaya Allah sentiasa ada dan dengar doa kita, macam aku,aku terima,time matrik dulu result tak memberangsangkan walaupun kita rasa dah buat habis baik dah.tapi mungkin bukan rezeki lagi,, Dia nak tengok kita usaha lebih lagi. ni tak,aku sem 1 dok pk lg kenapa,kenapa,sedangkan family aku terus je bg support suruh belajar.naik sem 2 dan seterusnya, dah malas dah pk,fokus belajar je,n makin bersemangat bila every sem pointer meningkat,,see,,bukan niat nak bangga.tapi nak cakap,kalau kita pndai urus diri,urus otak kita,positivekan otak,kejayaan tu ada la untuk kita.

Satu lagi yang menjadi isu adalah peluang pekerjaan. aku tak nafikan awal2 dulu pun aku samar2 je ape yang aku boleh kerja nanti.tapi bila dah belajar aku dah makin nampak hala tuju.maka, dek non sekalian,jangan la dok tanya kos ni ada kerja ke nanti?bagi aku, tak perlu tanya nanti keluar u kompom ke dapat kerja?sebab itu semua rezeki.(jangan pk la kerja mcm doktor,cikgu.sebab tu mmg kau terus bekerja). kalau kau keluar u glamor dengan 4 flat pun,tapi kalau bukan rezeki kau nak dapat kerja awal,menggangur jugak kau. aku tau,pasti akan terdetik dalam hati,dah la u pun orang tak berapa tahu.kos pun macam pelik.ade ke orang nak pandang.yes!be positive. sometime people want to see something different. maybe sebab tak pernah dengar tu la dia nak tengok kebolehan kita and want to know more about us.


Bercakap pasal tak pernah dengar pasal kos, sebenarnya, belajar kos ni membuatkan aku banyak buat research. xde la banyak,campur research2 kawan aku la,sebab masing2 mempositivekan diri,kalau kat oversea,kos2 begini dah lama wujud. maka,open your eye. nanti blajar kat u pun bukan ada nota,pandai hidup la,jangan terlalu bergantung.muka bumi alam ni luas,belajar pun kena luaskan minda jugak. kalau pergi buat research, macam2 kau boleh apply nak kerja nanti. kau ambik applied science kan. don't worry. aku tau belog aku akan ada junior sesat baca, sebab hari tu ade junior sibuk cari blog yang cerita pasal u comel ni. yakin je aku ada orang nak baca aku bebel panjang2 ni,hahaha

Apa2pun,,selamat datang la junior2 ye,,hahahaha,,gelak jahat sikit.nak tak nak,kau dah dapat dah pun tawaran umk tu,kalau nak datang welcome aku ucapkan,,yang nak pergi private atau tukar uni.sayonara aku ucapkan. untuk bakal junior kos aku.sem 1 senang je.blajo mikrob, aljebra, pastu naik sem 2 blajo genetik, kimia, calculus, naik sem 3,,haa,,ni spesel sikit biometri n experimental design. subject ni nampak senang tapi susah jgak,tapi aku suka subjek ni,dia mcm menampakkan kau budak sains.heee,,ok,,tak kan aku nak senarai smua subjek aku blajo plak kan,,mesti menyampah kan,promote kos plak.Akhir kata dari saya 'life is like you play roller coster, you can either scream every time you hit the bump, or you can throw your hands up in the air and enjoy it'. eh, macam xde kaitan pulak, x pe la,nak bgtau macam mana kita control hidup kita,maka bahagia la kita, pun macam xde kaitan.

Banyak sangat yang tak berkaitan.maka mari kita tinggalkan ruangan ini.adiosss

p/s: You may have to fight a battle more than once to win it.

Wednesday, August 24, 2011

Ya,Universiti Itu Tidak GLAMOR.

Salam,
Aku memang tak pernah reti nak buat intro yang best untuk belog ini. Maka untuk hari ini,aku straight kepada tanda (straight to the point). Beberapa minggu sebelum puasa hari itu,aku apporove diri aku join page fakulti aku. Dah lama dah classmate aku add,,aku je tak approve. Hari tu aku bosan,so,aku approve.apa yang aku nak cerita wall page itu dipenuhi dengan soalan-soalan dari bakal junior yang akan masuk. aku tulis entry ni bukan apa,,sebab tetiba rasa macam dah nak hilang sabar pulak,,kenapa aku emo tetba? aku pun tak tahu. Di bulan-bulan yang mulia ini. aku cuba mempositivekan,tapi kdg2 hakikat itu harus kita terima.

Ok,mula-mula sekali kepada sesapa yang sesat yang bakal masuk uni n terbaca belog ni,aku nak beritahu,mula-mula aku dapat tahu aku bakal berkelana di unibesiti itu tahap kecewa,down,sedih,segala kaum kerabat kecewa la senang cerita wujud dalam diri aku ni. Siapa tak sedih,,kau tak expect pun akan dapat apatah lagi stay for a long time at that state. Apatah lagi disaat kau bersedih dan memikirkan nasib dan keaadan yang bakal tempuh dalam masa 4 tahun which is not a very short time for me, kawan-kawan kau yang lain semua dapat uni yang best-best,yang glamor, yang superb, yang amazing, dan yang lain2 la. Time tu rasanya kalau wujud sang doremon,nak mintak pintu suka hati,tak pun nak masuk dalam laci kecik dia tu,pergi jauh-jauh.Sebab apa? ya,,slah stu nya sbb malu.malu kenapa?sebab tak ada orang tahu pun kewujudan unibersiti tu. aku boleh bet sampai sekarang ni,berapa kerat la sangat orang malaysia tahu kewujudan uniberisti tu.

Kalau nak cerita penerimaan aku terhadap uni ni,,terlalu banyak untuk diungkapkan.Sebab tu dolu2 bila orang tanya 'study kat mana'?rasa nak blah je dr situ tak pun rasa macam nk change the topic.sebab apa? sebab bila ckp nnti. ayat yang sama akan kluar.'eh,ade eh umk?'..oh..x pun akan tanya' umk tu stand for what?' kalau nak kurang ajo,,boleh je jwab 'uni masak kari'. tapi mmg kompem la dpat kaki,lima jari.silap2 tido longkang.=p juz kidding, tak pernah terpk pun nak jwab macam tu. Memang sedih,,nak-nak,,bila ada yang gelak,gelak sebab apa? uni x penah didgar pun,,then located plak dekat state yang semua orang tahu unsur-unsur hiburan untuk remaja mmg sgt terhad. Tapi aku tetap pergi,sebab apa? sebab dah kira dah,,kalau pergi private,,aku akan menyusahkan mak pak aku kat kg. maka,,lngkah pertama. cuba sedya upaya terima. postif kan diri,selalu remind diri,beribu lagi yang menitis air mata sebab gagal masuk unibesiti,kenapa kita yang dapat ni nak kena bersedih? nak lawan takdir? aku percaya ada sebab kenapa ini jalan yang telah ditetapkan olehNya.

Entri kali ini memang panjang,rasa malas dan menyampah sila pergi butang pangkah.terima kasih. ya disebabkan benda2 yang aku bobel kat atas tadi tu,,kau akan turut juga merasa bahawa sampai satu masa, kau rasa menyendiri itu jalan terbaik dari kau kena jawab soalan2 yang kadang2 sakit untuk kau jwab. kau akan rasa bila bukak fb ke,twitter ke,apa2 la yg moden sekarang ni.kau lebih suka baca semua kawan2 ke sepupu sepapat ke pnya update dan hanya memberi respon dalam hati.sebab apa? sebab,aku pun takde ayat untuk sebab kali ni. Bila kau tgok kawan2 sedara mara kau pegi obesea,tahap down kau pun of corse akan bertambah dan time tu kau akan rasa,,sapela sgt kau nak dibandingkan mereka2 yang bakal mempunyai pekerjaan yang hebat.



Dan banyak lagi sebenarnya.mgkin kalau next entri aku emo,,aku sambung lagi. apa yang aku nak cakap,,disebabkan semua bnda2 kat atas ni,,macam mana kecewa pun,,tup tap,,aku dah 2 tahun kat sana, dalam masa 2 tahun ni,,banyak yang aku belajar,banyak yang aku motivasikan diri, banyak yang buat aku bukak mata,,mana kawan mana lawan,,mana sejati,,mana tak sejati.,mana nak survivekan diri..mana kau nak cari point untuk kau bagi pada yang terlampau tanya masa depan kau. Makcik,pakcik,kakak,adik,,kita tak tau sape kita 5 tahun akan datang,,10 tahun akan datang. kita kena percaya rezeki Allah ada di mana-mana. kita yang diberi peluang bernafas kat bumi ni kena la pandai2 hidup,aku tak reti buat ayat sangat.tapi itula hakikat. jangan terlalu mempersoalkan tentang status,pangkat atau darjat.Things will always the best for you if you make the best of how things turn out.

Aku mengantuk.to be continued,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

p/s: sometimes,when we don't say anything at all, it's the time when we want to say something the most

Tuesday, August 16, 2011

Ikan Bawal Sweet Sour.

Salam..
Hari ni hari masak-memasak lagi,,beberapa hari lepas berjaya buat ikan bawal sweet sour. Rasa ingin mencuba bolehla teruskan membaca entry ni,,kalau tak,,suka hati la nak pegi jalan ke mana..Eh,kenapa semangat sangat nak gitau reti masak ni? bukan begitu ye,,tujuan aku hanya la nak berkongsi pengalaman dan ilmu memasak yang ada,,,ececehh,,bukan niat nak show off,,mahupun promote diri pada sang arjuna.=p.ok berikut nerupakan bahan-bahan yang perlu ada.kalau x de pndai-pndai la ubah mngikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal dicuci bersih
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Capsicum
Timun
Kunyit
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam

Cara-Cara:
  1. Goreng ikan yang telah digaulkan dengan kunyit dan garam.
  2. Tumis bawang merah dan putih yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan sos cili,sos tomato, dan sos tiram dan garam.Campurkan air sedikit kalau terlampau pekat.
  4. Masukkan ikan dan hirisan bawang besar dan capsicum serta timun (potong dadu). 
  5. Nak potong dadu nenas pun boleh jgak,,aku x letak sebab time tu xde nenas kat umah..
  6. Dan boleh juga campurkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan lagi kuah anda. 
Maka, hasilnya,,


taburkan daun kucai sebagai penyeri..(^_^)

Hari aku masak ikan ni,,kebetulan sos tomato dirumah dah habis. maka jika perkara sama berlaku pada anda,jangan panik, ambil la sebiji tomato,then tumbuk or blendkan sajo, rasa lagi sedap sebab macam guna purely pati tomato.

Selamat mencuba dan selamat berbuka.(^_^)

p/s: jom pi penang!



Friday, August 12, 2011

Puduraya Berwajah Baru

Salam,,
Dikala tengah hari yang terik memancar,tetiba teringat cuti dah nak habis,,sob3,,,hampir 4 bulan bersenang lenang tanpa memikirkan assignment mahupun discussion mahupun meeting mahupun event yang harus dipenuhi. Dan sepanjang 4 bulan ni,,bnyak juga perubahan dan bnda yang berlaku,,antara nya:

Aku selaku anak bongsu yg sememangnya tdak ada asas untuk menjaga bayi telahpun berubah kpada satu tahap di mana,menjaga anak kecil perkara enteng bg aku,,memang ayat berbaur berlagak x ingat. Sebab aku rasa itu antara perkara yang tidak mudah untuk menguruskan. Apatah lagi tatkala membawa dak kecik pergi bersiar-siar ataupun memenuhi hasrat shopping ibu dan maksunya,,hihi. Disebabkan status aku menjadi baby sitter ni,maka gua dah lali dah ulang alik penang-pahang.



Intro panjang mintak pelempang, takde kaitang. pantun baru. =) Ok,sebenanrnya nak crta,ade sekali tu aku dr penang nak blik umah kat pahang,tapi trun kl. *tak paham sudah*. So, aku trun kat pudu. Aku ni bukanlah makhluk yang tidak mngmbil tahu hal-hal pembangunan negara,maka aku memang sedia maklum pudu dinaiktaraf,,tapi,tapi,tapi, x sangka pudu dah canggih weh! aku selaku org kg ni,,ingat2 lupa,last aku naik bus dr pudu ni 2,3 tahun kepas rasanya. Tak sangka sudah maju ye,maklumla,,kata key ell,,mestilah maju. Apa yang aku boleh ckp,,pudu yang baru ni sgt la tersusun,,kemas,,dan konsep dia ala-ala airport jgak,sbab ada kat skrin, bus mana yang smpai,yang akn berlepas,,see,,canggih kan?jap-jap,,aku google gambo jap,

*trimas en.google! anda telah membantu insan yang tiada kamera hp yg cnggih sepeti sya*

Hari aku tiba di pudu tu,,nasib baik aku tak menjadi insan blurr tau.sebab smpai kl aku bru sedar,mamai-mamai trun bus,,naik tangga,,nasib baik nmpak tepi pintu tu tulis 'press button tu open door'. aku hentam je ayat tu.tp maksud dia sama la,,nsib aku nmpk,,kalau tidak sudah pasti aku mnggu pintu tu terbukak sndiri. lpas tu trus dalam hati,waahh,,canggih dah pudu,bertingkat-tingkat lagi. Selesai melepas hajat di tandas yang bersih,tidak lagi tandas yang mengerikan sebelum ini,,aku naik g food court,,,waahh,,,juga sudah bersih,,dan ada la juga selera nak makan di situ. Selesai makan aku pun g plaza rakyat menuju destinasi seteusnya. 
 
Sekian laporan lawatan ke puduraya dari saya. Syabas pudu kerana anda telah berjaya mengubah imej dan semoga ia berkekalan. Tidak lagi rasa rimas untuk mencari tiket di pudu kerana sudah tiada adegan brader-brader dan sista-sista menjual tiket seperti menjual ikan di pasar.Semua sudah teratur duduk dalam kaunter masing-masing. Tidak perlu juga lgi bersesak-sesak mencari kaunter seperti gambo di atas.

p/s: ntah bila pulak nak naik bus dari pudu ni. (^_^)

Thursday, August 11, 2011

Ikan Siakap Kukus

Salam,,
Hehe,entry untuk cik ain..bulan2 pose ni,,seronok pulak masak memasak..cik ain hari ini nak masak ikan kukus katanya,,maka sya pun cakap sya ada buat hari pirst day pose hari tu,,maka,,saya ingin berkongsi resipi saya yang sgt simple dimple.hihi

Bahan-Bahan:
Seekor Ikan (Siakap,Talapia,Kerapu dll)
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Carrot (tetiba english)
Lada hitam
Halia
Sos tiram
Garam

 Cara-Cara:
Cuci ikan bagi bersih, tak mau hanyir-hanyir
Hiris bawang besar,putih,halia,serai,carrot(hiris panjang2).
Tumbuk sikit lada hitam.*tak tumbuk pun tak pe*
Gaulkan semua bahan yang dihiris bersama sos tiram,lada hitam, dan garam.
Perapkan selama 15-20 min. kemudian kukus.


ini bukan gmbar ikan sya msak.ini gmbar en.google.lebih kurang la nnti,,cuma sbb reipi ni guna sos tiram n lada hitam,,kuah dia wrna hitam la,,x la pucat,,boleh jugak kalau nak tmbah cendawan dalam resipi ni,,sedap jugak, selamat mencuba..(^_^)

Jom Buat Puding Karamel

Salam,,
Tahun ini bulan Ramadhan dilalui dengan seronok sekali sebab berada dirumah untuk tempoh 30 hari ni. Kalau di ingat semula,,rasanya last berpose penuh kat rumah adalah tahun 2002..kalau ikut kalkulator aku,,9 tahun yang lepas rasanya,,lpas tu,,2003 sampai 2007 separuh ataupun 3/4 bulan dihabiskan di sekolah. Banyak jugak kenangan berpose kat sekolah ni.Antara yang aku ingat time f5 makcik Dema (Dewan Makan) yang akan serve utk kau. Tak payah lagi bersusah payah macam tahun2 sebelumnya nak kena beratur. Yang aku ingat, meja aku ade terselit sorang dua budak form 1,jadi nasib la,,memang akak-akak yang baik mcm kami akan cop ayam drumstik,,kepak,,yang tinggal kat dorang mugkin ayam kecil,,tak pun,,ayam isi,,hihi,,kesian mereka. Tak pe,,aku yakin sekarang dorang f5,,perkara yang sama akn berlaku,,hehe. Maklumla,,zaman-zaman nak meningkat remaja,,banyak unsur-unsur jahiliah timbul,

Tersasar di jalan keybord nmpknya aku ini,,bukak cerita pose kat sekolah pulak. Akan ku gigihkan membuat entri untk pose di sekolah,,pose di matrik,,dan jugak pose di uni,,nantikan je la,,kalau ada yang nak baca la,,sob3. Ok,berbalik pada tajuk,,sepanjang pose kat rumah,,banyak juadah yang disediakan sendiri kerana lebih terjamin keenakannya,,antaranya puding karamel,,aku pernah buat entri nak buat puding karamel ni rasanya,,tapi aku malas nak cari entri tu,,sebab aku tengah rajin nak taip resipi yang mudah dan senang juga ringkas ini.


Bahan-Bahan:
6 biji telur (gred B)
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan air
Gula hangus: (1 cawan gula)

Cara-Cara:
Pukul semua bahan sampai sebati.
Sediakan periuk(pastikan kering) dan masak gula hangus.
Sentiasa kacau gula hangus untuk mengelakkan hangit.Gunakan api yang perlahan.
Setelah gula cair.masukkan bahan2 yang dipukul tadi ke dalam periuk.dan kukus.
Kukus selama 20 minit.Cucuklah dengan garfu ke,,lidi ke nak tahu dah masak ke belum. 
Kalau dah tak melekat tu,dah masak la tu.=)

Setelah gula hangus cair, bahan2 yang dimasukkan mestilah pantas dan tangkas bagi mengelakkan gula tersebut mnjadi beku semula dan melekat diperiuk. Dan hasilnya..jeng3


Permukaan puding tak rata sebab periuk tak rata sangat..pastu nak make sure masak tu gi cucuk ngan garfu,,tu jadi macam tu,,hehehe. Selamat mencuba dan selamat berbuka..(^_^)

Saturday, August 6, 2011

Khairul Fahmi dan Ally Iskandar..

Salam,,
Semua dah tahu kan,,cuma satu sahaja persoalan,,adakah selepas bercerai dijadikan trend,,ptus tunang pula mngambil tempat?mugkin kerana mereka orang yang sentiasa diperhatikan,,dikenali,,maka,,apa yang terjadi mnjadi sensasi,,berpuluh lagi orang yang putus tunang,,beratus lagi orang yang bercerai,,beribu lagi orang yang putus cinta,,tetapi kerana anda public figure,,mahu atau tidak,,harus terima.

Apa-apa pun,,jadikan pengalaman guru terbaik dalam hidup,,ada hikmah di sebalik putus ikatan,,kerana ada yang lebih baik menunggu kita di hadapan kelak.

"Mistakes are lesson to be learned,,not to control your life,,but to make you a better person in the future"



p/s: satu pasangan bertunang di usia muda,,satu lagi,,pasangan yang matang,,,di mana silapnya percaturan?

Tidak Heartless

 Salam
Hari ni dah enam hari kita berpuasa,, tak terlewat nak wish selamat berpuasa rasanya,,lately,,bnyak bnda berlaku,,tetapi mari kita mngambil bulan ramadhan yang mulia ini untuk meghuraikan satu persatu,,mungkin berkat bulan mulia,,segala urusan dipermudahkan,,amin...



Opening macam skema,,tapi tidak mengapa,,memang sngaja nak mewujudkan mood membaca puisi untuk entry kali ini. Kalau nak diluahkan apa yang terbuku dihati,,rasanya tidak sesuai di belog ini,,mgkin luahan dalam doa sahaja yang mampu,,susah senang kita,,wajib ingat pada Yang Maha Esa. Dia yang memberi,,Dia juga yang menduga,,Dia juga yang mendengar..=)

'No need for revenge. Just sit back and wait. Those who hurt you will eventually screw up themselves and if you’re lucky, God will let you watch.'

Coti-coti malaysia kali ni bnyak dihabiskan dengan membaca..menyelidik..erk?..mengkaji..erk lagi?sempena bulan yang mulia ni,,marilah kita sama-sama memaafkan semua orang,,semoga kesalahan kita juga mudah dimaafkan oleh orang lain,,kepada kawan-kawan..kekasih,,skndal.. yang dicintai,,disayangi,,aku tidak pernah mnyimpan dendam,,mahupun marah kepada kalian,,semgoa kesalahan aku turut mudah dimaafkan,,amin. Kepada kamu,,kamu,,dan juga kamu,,abaikan kata-kata ego dari aku satu ketika dolu,,aku bukan manusia kejam dan tidak berhati..=)


p/s: 'Crying doesn't indicate that you are weak..Since birth,,it has always been a sign that you're alive..'



Wednesday, August 3, 2011

Saturday, July 23, 2011

Heartless Ke?

Salam,
Siang tadi aku ade bersembang2 di alam maya dgn member baik,,merngkap,teman sekolej dolu,,topik nya berkaitan cintan cintun la jgak,,maka disbbkan itu,,tetba tergerak hati nak rebiu pasal pilem nurrrr,,,,ya kasihhh,,,ye,,pilem Nur Kasih yg dah berbulan2 tayangnya,,hri ni bru nk crta,,heee,,aku merangkap slah stu manusia yg tgok drama NK dr awl smpai la abis,,tertnggu2 jgak la movie nya kan,,sbb drma dia mcm akan ada smbungan,,,sblum tgok movie ni,,aku baca la rebiu org2 len,,,n totaly smua akan ckp,,,sedeyyyyyyyy sggtttttt...ok.mmber aku yg tgok time awl2 kuar pnggung,,dia ckp,,stu pnggung nanges,,woo,,aku pun mcm... sedih gila ke movie ni smpai nk kna menangis spnjng movie tu?

Semangat dan kekobaran tu pun mcm mngkat,,nk tau ape yg sedih sgt,,,maka aku pun tgok la,,tp ape yg menyedihhhhhhhkan aku ade la,,,aku agak mngantuk di awl crta,,kmudian,,aku jga tidak menangis mononton movie ini?waahhh,,,apakah yg trjdi pada diriku?,,heee,aku rasa sedey part fizz fairuz kenangkan bini n anak2 dia je,,n part tizz x dpt projek,,,kmudian,,tgok2 da abes crta,,aku pun tertnya2,,,part mna yg buat org nangis x henti ni? atau adakah salah aku yg tdak mnghayati crta,,ehh,,aku hayat pe crta tu,,lau x mna nak pham,,ye tak? atau adakah aku boleh kategorikan diriku heartless ktka menonton mna2 crta?



Tidak2,,sbb lau drma2 raya,,pasal pamily,,ade gak oo yg menyebak kan hati dan naluri ku *abaikan kesilapan tatabahasa*. Cuma kalau crta2 yg pnjng meleret2 tu yg aku akan ngantuk,,kmdian bila dah ngantuk,,mula la aku rasa crta tu mcm biasa2 je,,heeee,,tp pe2 pun,,crta NK ni,,shot2 dia cntik woo,,*shot ke?* hntam je la,,haha,mksud aku pndai cmeraman cri angle utk stiap scene,,n ending dia jga menarik la,,pndai pnlis skrip ni tutp crta dia sedemikian rupa...tp kan,,aku tau knapa rmai org tersntuh tgok crta ni,,,sbb nya,,yg laki kalau tgok,,msti la mendambakan wanita sprti nur utk dibuat bini,,kan3,,sopan sntun,,lmah lmbut gtuu,,,kalau perempuan plak mndambakan la si adam x pun si aidil utk diharapkan mnjadi somi soleh,,

Aku rasa,,itu la antra sbb knpa crta ni meruntun hati dan jiwa remaja2,,mak2 ngan pak2,,aku x pasti,,mgkin tertrik dgn keukhwahan kekeluargaan mereka,,*apa berbelit ayat x tau*,,,tp pe2 pun,,bg aku,,kalau kita nak dpt teman yg baik,,yg boleh membimbing,,kita pun kna berubah jgak,,x guna,,kita berangan nak dpt isteri/somi soleh/solehah kalau kita pun terhuyung hayang,,,bnyk nk ckp sbnrnya lagi,,tp bkk entry bru la,,haha,,akhir kata dr sya,,,jadilah diri sndiri,,,skian terima kasih,,=)
p/s: ape kaitan tah bunga layu ni?ade idea?

Saturday, July 16, 2011

Jalan-jalan

Salam,,
Hari ni hari Sabtu,,esok hari Ahad,,pastu smbung sndiri hari apa,,saje je wat intro x best dan mnyampah ni,,,sbb,,,aku bosan,,,ataupun orng ganu suke sbut bosangg...sejak2 balik dr ganu hri tu,,,dop tau la nape rase macang nok caghi orng ganu sorng wat kawang,,,untung2 leh wat boiprengg gak,,sape tau,,ye dop? hihi,,,guro je,,Sejak cuti2 universiti yg lama dan panjang berjela ni,,bnyk bnda2 pelik yg aku buat,,antaranya,,,

Rangkaian sosial muka buku mnjadi tatapan hampir stiap hari dgn mnjadi stalker kpd orng2 yg x pnah aku ambik port sgt,,,mcm2 stry aku dpt bila jd stalker ni,,,,mngkin nnti bila aku akn menempah buku on9,,aktibiti ni bkal berkurang,,haha...aku juga pegi jalan2 kat belog,,,pastu bila jmpa belog2 yg aku rasa aku nk pollow,,aku pollow,,pastu aku g komen,,kdg2 komen2 poyo,,kdg2 komen2 yg x de kaitan sgt pun,,sje nk meriahkan suasana,,,,,msti blogger tu mnyampah tgok komen yg xde kaitan tu,,yeay2...

Cukupla cerita bnda pelik (yg x berapa pelik pun sebenarnya) aku buat dpan komputer ni,,,bnda2 pelik aku buat di dapur,,,di dpan tv,,,x perlu diceritakan,,,hahahaa,,,ape pnya bangang entri kali ni aku pun x tau...hahahahahahhaa...tata titi tutu

p/s: tajuk entri mcm xde kaitan...=p

Wednesday, July 13, 2011

Pokok


Mendalam jgak lirik lgu ni..gua suka..=)

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Monday, July 11, 2011

Kesian Kurt Cobain.

Salam,,
Malas nak komen pnjng,,gua mmg x berapa minat yuna ni,,lgu dia yg Oh Bulan tu je gua dgr,,dan td gua jalan2 kat u tube,,jmpa dia cover stu drpda lgu wajib yg aku lyan time aku naik train sebelum tiba ke destinasi...'erk,,perlu ke bgtau'? kata hati kecilku,,,haha.

Dan gua nak komen,,,,,hancurrrrrrrrrrr,,x tau la kalau ada yg suka,,,gua x suka lgsung,,,mgkin kurt cobain pun boleh kecewa bila mndgr,,,=p


p/s: gua kecewa,,sbb tu gua poyo ckp gua,,gua,,ngan lu orng!

Saturday, July 9, 2011

Resume

Salam
Aku sedang gigih siapkan resume,,sambil mendengar berita tvtipu pasal bersih,,patriot,,ambiaga,,dan nama2 yg tak mungkin akn membantu aku menyiapkan resume aku yg masih bersih ini,,=p

Terima kasih.
p/s: sapu ngan penyapu,,bg smua bersih,,kih3

Thursday, July 7, 2011

Snorkeling dan Pulau Kapas

Salam,,,
Weekend bru ni aku tlah pergi belayr ke pulau kapas yg trletak di na na na na na,,ganu kitee,,hehe,,aku malas nak crta pnjang,,apa yg aku tau,,,snorkeling tu best woo,,,1st time kan,,msti la excited,,,kih3,,,dah la mula2 test aku x reti guna goggle snorkeling tu,,hampeh tol,,,msuk2 air x bernpas aku,,ni la pdahnya apbila anda tdak reti berenang,,maka,,x tau jgak nak kwal pernafsan,,,haha,,






makhluk ni penting ye utk anda snorkeling,,jika anda bknlah penyelam antrabgsa yg hebat,,hihi

time nek bot nak g tmpt snorkeling tu,,bru la tetba rasa cuak,,sbb terpk lau tgh2 laut tu jap lg aku terkapai2  mcm aku prctice kat persisir pntai td,,,nak buat pe?haha,,,nsib bek thap confident aku tnggi,,,smpai tmpt tu,,jdi xcited plak...

ni gmbr aku curi kat en.google,,,aku x de cmra cnggih yg boleh msuk air tu,,maka,,x dela gmbar aku mnyelam sambil mnum air laut,,,serius aku 2,3 kali kenyang minum air laut,,sbb x letak btul2 goggle,,haha,,pedih woo,,tersedak air masin,,hukhukhuk


aku rembat je gmbar ni,,nak bg gmbran,,,mcm ni la aku nmpk time snorkeling hri tu,,ala2 berenang dlm akuarium yg sgt besar,,,kaki aku ade luka2 jgak la sbb kena ggit ikan,,,wawawa,,tp yg pling wat aku boleh tercungap ialah serangan obor-obor,,,,waaaa,,tkut ohh,,,

ni obor-obor yg da terdampar,,kat sana mmg bnyk obor-obor,,jalan2 layan perasaan kat gigi-gigi dan gusi-gusi air pun ada hrapan kena obor-obor....

p/s: entri ni nmpk ngat aku jakun ye dop?haha